International | Students | Staff | Alumni

News & Events

YBhg. Dato' Sri Dr. Irmohizam Ibrahim - Duta Jenama AAGBS, UiTM

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Duta Jenama Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS), sebuah fakulti pascasiswazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, Irmohizam adalah individu pertama dilantik oleh AAGBS dan UiTM berdasarkan peranan dan pengalaman beliau memegang jawatan yang penting di sektor korporat dan awam serta kualiti keperibadiannya yang cemerlang.

“Sebagai Duta Jenama untuk AAGBS, UiTM, beliau akan menyumbang dalam mewujudkan kesedaran jenama tentang AAGBS terutamanya melalui pemasaran mulut ke mulut, platform media sosial dan kedudukan beliau dalam industri dan komuniti". AAGBS boleh mendapat manfaat daripada penglibatan luas beliau dalam badan korporat dan kerajaan.

“Kerjasama dengan industri adalah penting dalam mendapatkan maklum balas dan pandangan tentang program akademik dan kualiti siswazah AAGBS dalam usaha AAGBS mencapai visi untuk menjadi fakulti pascasiswazah yang diiktiraf di peringkat global,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Majlis penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ts. Roziah Mohd Janor. Dalam kenyataan sama, UiTM menambah Irmohizam merupakan alumni AAGBS, dan berkelulusan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan yang dianugerahkan pada 2020.

Sumber: Astro Awani


Arshad Ayub
Graduate Business School,

Kompleks Al-Farabi, Jalan Ilmu/1,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Contact Us

 

     
6.png4.png2.png6.png4.png6.png
Today156
Yesterday530
This week2332
This month4730
Total642646

Friday, 10 May 2024