International | Students | Staff | Alumni

News & Events

AAGBS Gerbang Lahirkan Graduan Profesional

BANDARAYA MELAKA 28 Mac – Silibus pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) terbukti berjaya melahirkan ramai graduan cemerlang dan profesional.

Penolong Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Dr. Mohd Halim Mahphoth berkata, program menawarkan 1,001 kelebihan buat pelajar itu mula diperkenalkan pada 2008 menerusi AAGBS, Kampus Bandaraya Melaka.

Katanya, tempoh pengajian selama dua tahun yang dibahagikan kepada empat semestar dengan mod hibrid dan interaksi antara pensyarah serta pelajar memudahkan proses pembelajaran serta kajian.

Menurutnya, kampus terletak di tengah Bandaraya Melaka yang dilengkapi pelbagai fasiliti menawarkan suasana pengajian dalam ‘mood’ korporat dan eksekutif kepada pelajar.

 

Dr. Mohd Halim Mahphoth

“Elemen itu kita kekalkan kerana mahu mahukan suasana kampus yang berunsurkan eksekutif, kerana mereka menyambung pengajian adalah dalam kalangan profesionali bidang perniagaan.

“Ramai berusia sekitar 40-an sedang berkhidmat di agensi kerajaan, syarikat ternama, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pelbagai lagi.

“Program ini dibuka kepada semua, bukan terhad kepada mereka aktif dalam bidang perniagaan semata-mata. Kita mahu individu daripada pelbagai bidang kepakaran lain untuk memahami apa itu pentadbiran perniagaan,” katanya.

Progam ditawarkan juga diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan antarabangsa lain, berikutan itu graduan kita tidak berdepan masalah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya di institusi luar negara.

“Apa yang membanggakan AAGBS sebelum ini sudah melahirkan ramai tokoh peringkat nasional, jadi terbukti kami tetap relevan,” katanya.

Mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke AAGBS boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi https://aagbs.uitm.edu.my/.

Sumber: Melaka Hari Ini


Arshad Ayub
Graduate Business School,

Kompleks Al-Farabi, Jalan Ilmu/1,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Contact Us

 

     
6.png5.png1.png4.png4.png8.png
Today188
Yesterday467
This week188
This month13532
Total651448

Monday, 27 May 2024