Pilihanraya Pelajar AAGBS merupakan aktiviti utama yang diadakan untuk pelajar-pelajar Pasca Siswazah di AAGBS bagi setiap tahun. Pengwujudan Jawatankuasa Persatuan Pelajar AAGBS ini merupakan salah satu komponen wajib yang perlu ada dalam setiap akreditasi yang diperolehi oleh AAGBS iaitu antaranya ABEST21, KAIZEN, AACSB dll.

Jawatankuasa Persatuan Pelajar ini juga boleh dijadikan satu platform yang baik untuk membantu pelajar melatih diri dalam pengurusan sesebuah organisasi. Ini kerana ia akan membantu pelajar menjadi seorang pemimpin yang baik, bertanggungjawab, kebolehan membuat keputusan, pengurusan masa yang baik dan bekerjasama dalam satu kumpulan yang besar. Penglibatan pilihanraya ini adalah wajib kepada semua pelajar baru AAGBS yang mendaftar dan pelajar lama yang ingin turut serta mengambil bahagian dalam pilihanraya.

Oleh itu Program Pilihanraya bagi Pemilihan Presiden Persatuan Pelajar AAGBS, UiTM sesi 2018/2019 akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

TARIKH PILIHANRAYA:
10 November 2018 (program separuh masa hujung minggu) Masa : 12.00 – 3.00 petang
13 November 2018 (program separuh masa Evening Track) Masa : 6.30 – 8.30 malam
14 November 2018 (Program Sepenuh Masa) Masa : 10.00 pg – 4.00 ptg
TEMPAT : Bilik AA304

Berikut adalah calon-calon yang bertanding untuk jawatan Presiden:-

Nama

Program

Semester

No.Pelajar

Mohamad Sharizal Shafiq Bin Mohd Shafiee

Master of Islamic Banking and Finance

1

2017766559

Akmal Shakir Bin Shukri

Master in Business Administration

1

2018855884

Eylia Nadiah Binti Drahman

Master in Business Administration

1

2018485334

Nur Maziahtul Syahirah Binti Mazli

Master in Business Administration

1

2018607252

KhairulNizam Bin Abu Bakar

Master in Business Administration

1

2018680924

Hjh Ismalina Bt Ismail

Doctor of Business Administration

1

2018450814

Semua pelajar AAGBS adalah diwajibkan untuk memilih seorang calon daripada enam orang calon yang dipertandingkan.
Pilihlah pemimpin yang layak dan mampu menjaga kebajikan anda semua sebagai pelajar AAGBS.