International | Students | Staff | Alumni

Selamat Bersara Puan Nor Asiah Omar

Selamat Bersara Puan Nor Asiah Omar

Warga Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Nor Asiah Omar, Kerani Kanan AAGBS, atas segala jasa, dedikasi dan sumbangan khidmat bakti beliau sepanjang 28 tahun berkhidmat di Universiti Teknologi MARA (UiTM), bermula pada 16 Januari 1997 sehingga 12 Jun 2025.

Puan Nor Asiah seorang warga kerja yang komited, teliti dan sentiasa mengutamakan integriti dalam setiap tugasan yang diamanahkan. Kecekapan beliau dalam menguruskan hal-hal pentadbiran menjadi tulang belakang kepada kelancaran operasi harian di AAGBS. Khidmat bakti beliau akan sentiasa tersemat di ingatan warga AAGBS.

Selamat bersara dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam fasa kehidupan seterusnya.

Daripada,
Warga Arshad Ayub Graduate Business School

#AAGBS #UiTMDiHatiku


Arshad Ayub
Graduate Business School,

Kompleks Al-Farabi, Jalan Ilmu/1,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Contact Us

 

     

Accreditation