Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) telah menerima kunjungan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) pada 16 Julai 2019 untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan terkini yang diberi oleh PTAR. Susulan dari sesi ini, bagi mengeratkan engagement antara PTAR dan Fakulti serta meningkatkan perkongsian maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.
Lawatan ini juga untuk mendapatkan maklumbalas fakulti bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan. Di samping itu, PTAR juga akan mengadakan pertandingan Sudut Bacaan di semua Pusat Tanggungjawab Universiti Teknologi MARA bagi mengalakkan budaya membaca. Sehubungan itu, pihak AAGBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PTAR kerana sudi membuat lawatan ke Arshad Ayub Graduate Business School. Semoga dengan program yang dianjurkan dapat menyemarakan lagi budaya amalan membaca kepada seluruh warga UiTM.