International | Students | Staff | Alumni

News & Events

Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat

Bengkel penulisan minit mesyuarat diadakan pada 20 Jun hingga 21 Jun 2019 bertempat di Collaborative Room, Arshad Ayub Graduate Business School. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pencerahan dan bimbingan kepada 12 staf pentadbiran cara menulis minit mesyuarat dengan betul. Penceramah yang dijemput bagi bengkel ini ialah Puan Norliza binti Abu Bakar, Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Bengkel ini terbahagi kepada 3 sesi iaitu pengenalan kepada format penulisan minit mesyuarat, penggunaan tatabahasa dan kosa kata yang bersesuaian dan latihan intensif.

Bengkel ini bertujan memberi pendedahan kepada semua staf pentadbiran mengenai cara-cara menulis minit mesyuarat dengan ringkas, tepat dan padat dalam format yang betul. Selain itu, semua staf pentadbiran diharapkan lebih cakna dengan tatabahasa dan kosa kata yang sesuai digunakan dalam penulisan minit mesyuarat. Dengan berlangsungnya bengkel ini, staf-staf pentadbiran lebih sistematik dalam penyediaan minit mesyuarat. Akhir sekali, latihan amali (hands-on) penulisan minit mesyuarat mengikut format terkini.


Arshad Ayub
Graduate Business School,

Kompleks Al-Farabi, Jalan Ilmu/1,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Contact Us

 

     
6.png4.png8.png1.png6.png7.png
Today440
Yesterday503
This week440
This month10251
Total648167

Monday, 20 May 2024